Bilik Misteri Muzium Parit Suri




Aku tidak pernah lupa saat pertama kali melangkah ke Pekan Parit Suri. Pekan itu seperti tempat yang dilupakan, sunyi dan suram dengan bangunan tua yang seolah-olah mengintai kami. Tiada hiruk- pikuk manusia, hanya suara angin yang berbisik di celah-celah dahan pokok besar yang menghiasi jalan utama, Aku bersama Ayu, Jessica, Rahman, Azizul & Zul diberi tugasan untuk membersihkan sebuah muzium lama yang bertahun-tahun terbiar. 

Kami berenambersarapan di sebuah warung kecil. Mata penduduk yang memandang kami penuh tanda tanya. Ketika Zul berbual dengan seorang lelaki bernama Pak Jo, suasana berubah janggal. Jangan masuk muzium itu," kata Pak Jo, wajahnya pucat seperti melihat sesuatu menyeramkan. Penduduk lain mula berbisik sesama sendiri & aku perasan seorang wanita tua yang cepat-cepat menarik cucunya pergi selepas melihat kami. Saot itu, jantungku mula berdegup kencang tetapi aku cuba meyakinkan diri bahawa ini hanyalah tugas biasa.

Muzium itu menyambut kami dengan keheningan yang menakutkan. Bangunan usang dikelilingi rumput liar dan pokok-pokok yang hampir menutupi pintu. Ketika Zul menolak pintu muzium itu, bunyinya berkeriut seperti bunyi jeritan. Di dalamnya, bau hapak dan lembap menusuk hidung bercampur dengan bau besi yang aneh. Di dinding, cat sudah mengelupas & sarang labah-labah memenuhi setiap sudut. Patung-patung lilin membuatkan aku tidak selesa. Mata mereka kosong tetapi aku merasa seperti diperhatikan. Saat aku melangkah ke salah satu galeri utama, aku terasa seperti disentuh di bahu. Ketika aku berpaling, tiada siapa di situ. 

Aku hanya menggeleng, enggan menyatakan bahawa aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Ketika hari hampir gelap, aku mendapati satu patung lilin bergerak sedikit, hanya kepala yang berpaling ke arahku. Aku cuba meyakinkan diriku bahawa itu hanyalah bayangan mataku tetapi seluruh tubuhku menggigil hingga malam.Hari ketiga menjadi permulaan mimpi ngeri. Ketika kami bekerja di sudut galeri, Ayu tiba-tiba menjerit, suaranya memecah kesunyían, Dia ada dekat situ!" katanya sambil menunjuk ke arah cermin besar tergantung. 

Walaupun kami tidak nampak apa-apa, pantulan cermin itu terasa aneh, seolah-olah ada sesuatu yang mengintai. Ketika aku mendekatinya, aku melihat wajah tambahan, seorang wanita berambut panjang dengan senyuman menyeramkan. Aku melangkah ke belakang cuba menenangkan diri & menyembunyikan rasa takutku. Malam itu, aku terjaga kerang bunyi ketukan perlahan di pintu bilik. "Siapa di luar?" tanyaku tapi tiada jawapan, Ketika aku membuka pintu, koridor hanya kosong dan suram diterangi cahaya malap. Aku perasan jejak kaki menuju ke bilik Rahman, tetapi ia tiba-tiba hilang di tengah jalan lalu aku lari semula ke bilikku. Ketukan itu kemudian berpindah ke dinding bilikku seolah- olah ada sesuatu ingin masuk. 

Aku menggigil di katil, cuba mengabaikan bunyi itu.Hari kelima, Rahman hilang tanpa jejak. Kami mencarinya di setiap sudut muzium tetapi hanya menemui sebuah dinding kosong di sudut galeri utama. Ketika kami berdiri di depan dinding itu, aku terasa angin dingin menyusup perlahan ke tengkukku, walaupun tiada tingkap yang terbuka. Dua hari kemudian, penduduk kampung menemui Rahman di tepi jalan, duduk kaku dengan mata terbuka luas. "Mereka tahu kita ada di sini.." bisiknya kepada kami sebelum dia dihantar pulang oleh pihak pengurusan.

Selepas itu, Azizul pula hilang & kali ini kami menemui pintu kecil tersembunyi di belakang almari besar. Di dalamnya, terdapat lorong sempit yang membawa kami ke sebuah bilik gelap dengan bau besi yang kuat. Di dinding, ada kesan darah lama & di lantai, terdapat rantai besi berkarat. Tiba-tiba, Azizul muncul di belakang kami. "Kita semua akan mati disini kalau kita semua tidak tinggalkan tempat ini cepat" katanya dengan senyuman aneh sebelum rebah pengsan. Kami berlima berpandangan sesama sendiri dengan perasaan bercampur baur.Ketika aku tinggal sendirian, Pak Jo datang membawa cerita yang menyeramkan. 

Dengan wajah penuh kerisauan, dia menceritakan bahawa bilik kecil itu dulu digunakan oleh tentera Jepun untuk menyeksa dan membunuh tahanan & katanya "Roh mereka tidak pernah pergi." Aku teringat wanita dalam mimpiku yang menangis, dia bukan meminta tolong tetapi memberi amaran. Malam terakhirku di muzium, aku bermimpi melihat bilik itu lebih jelas. Aku nampak diriku sendiri mati tergantung pada rantai berkarat dengan darah membasahi lantai. Ketika aku terbangun, pintu bilikku terbuka perlahan, berkeriut menambah rasa seram. 

Di hujung lorong gelap, berdiri sosok wanita berambut panjang, menggenggam rantai berlumuran darah sambil tersenyum sinis. Aku terkejut lalu pengsan tidak sedarkan diri sehingga pagi. Aku dan rakan-rakan yang lain meninggalkan muzium dan pekan itu keesokan harinya setelah diberikan kebenaran oleh pihak pengurusan, Apa yang tersimpan di dalam muzium itu masih misteri hingga ke hari ini.

komen