Penemuan Air Pada Permukaan Bulan


Untuk membina koloni di bulan, kewujudan air adalah penting bukan sahaja untuk keperluan angkasawan malah untuk menghasilkan bahan api. NASA telah mengumumkan penemuan air buat pertama kalinya pada permukaan bukan terang. Penemuan dilakukan menggunakan SOFIA Stratospheric Observatory for Infrared Astronomy) yang merupakan sebuah Boeing 747 yang telah diubahsuai menjadi balai cerap terbang.

Sebelum ini molekul Hidrogen dikesan pada kutub bulan oleh proba angkasa lepas Chandrayaan-1 milik India. Namun begitu ia data yang diambil tidak boleh mengesahkan sama ada air benar-benar dikesan atau hanyalah molekul hidroksil (OH).

SOFIA mengesahkan molekul air yang terletak di Kawah Clavius yang terletak di hemisfera Selatan bulan. Air ditemui dengan dengan kepekatan 100 ke 412 bahagian untuk setiap sejuta yang bersamaan dengan 12-auns air dalam sampel tanah 1 meter padu tanah.

Penemuan air pada bahagian bulang terang adalah penting kerana selam ini ia hanya ditemui pada sisi jauh bulan yang tidak diterangi cahaya matahari. Kawasan gelap ini tidak sesuai untuk dijadikan koloni kerana menyukarkan perhubungan dengan bumi dan menghalang penggunaan panel solar untuk kuasa.

Misi Artemis akan mengembalikan manusia ke bulan pada tahun 2024. Seterusnya koloni akan dibina untuk menjadikan bulan markas pelancaran misi ke Marikh dan sistem suria di masa hadapan. Jepun telahpun mengumumkan rancangan membina loji bahan api dengan memproses air di permukaan bulan mereka tahun ini.

0/komen