Sekolah Melayu Pertama Tanah Melayu


Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang ialah salah satu sekolah tertua di Malaysia dan menjadi simbol penting dalam sejarah pendidikan Melayu di Selangor. Lokasi asal sekolah tersebut ialah di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja (sekarang), berdekatan dengan Sungai Klang. Matlamat utama penubuhan sekolah ini pada tahun 1875 adalah untuk memberi pendidikan asas seperti membaca, menulis, dan mengira kepada anak-anak Melayu dalam bahasa Melayu, di samping memperkenalkan pengajaran agama Islam yang penting dalam pembentukan peribadi dan nilai moral mereka.

Pada awalnya, binaan sekolah diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk yang ringkas, mengekalkan gaya bangunan tradisional Melayu. Ia biasanya mempunyai lantai kayu, bumbung nipah atau atap zink, dan ruang kelas yang terbuka. Seiring waktu, sekolah ini telah mengalami beberapa penambahbaikan dari segi fizikal, termasuk penukaran bahan binaan kepada batu dan simen untuk memastikan ketahanan bangunan.

Walau bagaimanapun, sekolah ini sudah tidak dapat dilihat oleh masyarakat kini, kerana pada tahun 1995, Sekolah Melayu Pengkalan Batu di Klang telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan baru di kawasan itu, meskipun begitu nilai sejarahnya tetap dikenang dan dihargai dalam sejarah pendidikan negara.

 

0/komen