Insta360 GO 3S Dilancarkan


Insta360 GO 3S telah dilancarkan  dengan ia sebuah kamera aksi kompak yang hanya seberat 39 gram. Ini adalah penambahbaikan kepada model GO 3 yang sebelum ini merakam pada resolusi 2.7K sahaja. Ia boleh melakukan rakaman selama 38 minit atau sehingga 140 dengan bantuan pod pengecas.

Pod pengecas mempunyai skrin LCD 2.2″ yang boleh melipat ke depan untuk memudahkan rakaman swavideo. Pod ini melepasi piawaian tahan percikan air IPX45 sementara kamera GO 3S boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 10m kerana melepasi piawaian IPX8. Sekiranya hilang, ia boleh dijejak menggunakan rangkaian Apple Find My.

DNA GO3 dikekalkan dengan GO 3s masih sama dengan ia mempunyai rekaan bujur dengan bahagian tubuh yang dibulatkan. Pebambahbaikan lain yang diberikan ialah GO 3S boleh mengesan rakaman menegak dan mendatar secara automatik. Ciri penstabilan FlowState Stabilization yang menjadi standard pada kamera Insta360 lain turut diberikan pada model ini bagi menghasilkan rakaman video yang tidak mempunyai gegaran.

Tiga aksesori disertakan dalam bentuk cagak kamera, klip dan kalung yang membolehkan kamera digantung pada leher. Sambungan masih lagi menggunakan magnet. Ciri lain yang menarik ialah kawalan gestur atau suara untuk memulakan atau menghentikan rakaman video selain menerusi butang fizikal di hadapan.

Harga jualan Insta360 GO 3S bermula daripada USD$417 (~RM1963) untuk berkas asas dan meningkat ke Ultimate Bundle yang dijual pula pada harga USD$524 (~RM2466).

komen