Dunia Mengejar, Akhirat Terabai


Dalam kesibukan kita membina kejayaan di dunia, sering kali kita lupa soal bekalan untuk akhirat. Kata-kata yang dikongsi ini begitu menyentuh hati kerana ia menggambarkan realiti hidup kita hari ini.

◀️ Hampir semua orang celik IT, tetapi asas Fardhu Ain kita tuli. Kita tahu cara memuat turun aplikasi terkini, tetapi tidak pasti dengan cara solat yang betul. Kita memahami teknologi tetapi terlupa bahawa agama adalah asas hidup yang sebenar.

◀️ Grammar English kita kemas dan lancar, tapi bila tiba bab tajwid, kita terkial-kial. Kita boleh berbahasa asing dengan mudah, namun membaca Al-Quran dengan betul masih sukar. Bukankah Al-Quran itu panduan hidup kita yang paling utama?

◀️ Setiap hari kita sanggup buat kerja lebih masa (O.T) untuk tambah pendapatan, tetapi majlis ilmu agama seminggu sekali pun susah nak hadir. Duit memang penting, tetapi hati kita juga perlu ‘diisi’ dengan ilmu dan nasihat agama.


Tetapi untuk membaca satu muka surat Al-Quran sehari, kita teragak-agak. Tanyalah pada diri, adakah media sosial itu lebih utama dari kitab suci kita?

◀️ Ramai di antara kita mengejar ilmu dunia hingga ke peringkat Degree, Master, dan PhD, tetapi tidak pernah ambil peduli tentang kisah hidup Nabi SAW. Padahal, sirah Nabi penuh dengan pengajaran dan hikmah untuk hidup kita di dunia dan di akhirat.

Ingatlah, tiada salahnya untuk hebat di dunia, asalkan kita juga tidak lupa untuk mengejar akhirat. Sabda Rasulullah SAW, "Dunia ini adalah ladang untuk akhirat." (Hadis Riwayat Muslim). Maka, seimbangkanlah usaha kita di dunia dengan persediaan kita untuk akhirat.

Doa Mohon Kejayaan Dunia & Akhirat:


"Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka." (Surah Al-Baqarah, ayat 201)

Semoga nasihat ini menjadi peringatan buat kita semua agar tidak lalai. Sesungguhnya, hidup ini sementara, tetapi akhirat itu kekal abadi.


komen