Sabar: Jalan Terbaik Menuju Kejayaan Dan Kebahagiaan


Kadangkala, harga sebuah kejayaan dan kegembiraan memerlukan sesuatu yang sukar untuk dimiliki. Sebagaimana mahalnya emas dan perak, sebegitu jugalah mahalnya sifat sabar dalam hidup kita. Sabar bukan sekadar menahan diri daripada marah, tetapi lebih daripada itu, ia adalah tanda kekuatan iman dan ketaatan kepada Allah.

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 153:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, 2:153)


Ayat ini mengingatkan kita bahawa sabar adalah jalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam kehidupan, ujian pasti hadir sebagai cabaran untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan. Rasulullah SAW juga bersabda:

"Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman. Seluruh urusannya baik, dan hal itu tidak dimiliki kecuali oleh orang yang beriman. Jika mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu baik baginya. Dan jika tertimpa kesusahan, ia bersabar, maka hal itu baik baginya." (Hadis Riwayat Muslim)

Doa bagi memohon kekuatan sabar ini boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian:

Maksudnya: Ya Allah, berilah ganjaran padaku dalam musibahku ini dan gantikanlah bagiku yang lebih baik daripadanya.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala ujian dengan sabar dan tabah, serta menggantikan setiap kesusahan dengan kegembiraan yang berlipat ganda. Insya-Allah.


komen