Kena Ketuk Ketampi Sambut 2025


Keterujaan sekumpulan remaja bermain basikal lajak pada malam tahun baharu 2025 di ibu kota mengundang padah apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya.

Menerusi video ini, kesemua mereka didenda ketuk ketampi beberapa kali sebagai pengajaran.

Situasi itu juga ditonton oleh orang ramai yang melalui laluan terbabit malam tadi selain terdapat lebih 10 buah basikal lajak disusun di bahu jalan.


Kebanyakan penonton yang menyaksikan menyokong tindakan pihak berkuasa mengenakan denda terhadap sekumpulan remaja terbabit.

Ini bukan bersikap rasis atau apa, tapi bagus juga denda macam ini buat kenangan. Nanti boleh bercerita, aku malam tahun baharu 2025 kena ketuk-ketampi.

Menghukum bukan makna menghina, kami menghukum sebagai pengajaran. Bagus abang polis.

Tak apa lah dik, senaman bagus untuk kesihatan. Semoga menjadi manusia yang berguna sikap lebih baik lepas ini, insya-Allah.


 

0/komen