
Huawei mengumumkan bahawa dua produk baharu iaitu MatePad 12 X dan Watch D2 kini boleh dibeli di Malaysia. Kedua-duanya dilengkapi dengan fungsi yang praktikal untuk keperluan pengguna hari ini. Selain itu boleh dikelaskan sebagai produk-produk yang memadai dalam kelas masing-masing.

Tablet MatePad 12 X di jual pada harga RM2,999 manakala jam tangan Watch D2 pula berharga RM1,999. Sebarang pembelian tablet akan didatangkan diberikan hadiah eksklusif termasuk papan kekunci, tetikus nirwayar, fon telinga FreeBuds 5, beg galas dan jaminan tambahan selama setahun. Sementara itu pembelian Huawei Watch D2 pula didatangkan dengan hadiah berupa Huawei FreeBuds Pro 2, Huawei Scale 3, Huawei Watch D2 Straps dan jaminan perlindungan skrin selama setahun.

Huawei MatePad 12 X didatangkan dengan skrin LCD 12-inci dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 88%, kecerahan puncak 1000nits dan kemampuan paparan sehingga 16.7 million warna. Selain itu memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB, bateri sebesar 10,100mAh, kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP dan enam pembesar suara dengan Huawei Sound.

Huawei Watch D2 pula dipadankan dengan skrin AMOLED 1.82-inci dengan kecerahan puncak 1500nits. Terdapat juga sensor optik yang menggunakan pam mikro terbina di dalam tali yang mirip mesin tekanan darah tradisional. Selain itu menawarkan fungsi Ambulatory Blood Pressure Monitoring (ABPM) yang juga boleh digunakan secara automatik semasa tidur. Bateri pula boleh mencapai 6 hari dengan penggunaan biasa dan boleh dicas melalui port USB-C.
Catat Ulasan