Padah Korek Hidung


Seorang lelaki di China terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas salur darahnya pecah akibat tabiat mengorek hidung.

Kejadian berlaku di bandar Xianyang, wilayah Shaanxi.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu gemar mengorek hidung, sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring di atas katil. 

Ketika melakukan ‘hobi’ tersebut, dia menyedari hidungnya mengeluarkan darah yang banyak secara tiba-tiba. 

Dia bersama isterinya bergegas ke hospital berhampiran apabila gagal menghentikan pendarahan tersebut. 

Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan arteri pada hidungnya pecah dan perlu menjalani pembedahan segera. 

Pesakit dilaporkan  semakin pulih selepas menjalani pembedahan kecemasan
 

komen