
Seramai 15 orang cedera dengan dua daripada mereka parah selepas dua jet pejuang secara tidak sengaja menggugurkan lapan butir bom di daerah awam semasa latihan tembakan peluru hidup.
Insiden membabitkan pesawat pejuang KF-16 milik Tentera Udara Korea Selatan itu berlaku kira-kira pukul 10.04 pagi (waktu tempatan di bandar Pocheon, dekat sempadan dengan Korea Utara.
Tentera Udara Korea Selatan berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu dan memohon maaf atas kerosakan yang berlaku sambil menambah, tentera akan memberikan pampasan kepada mereka yang terjejas.
Walaupun peluru daripada latihan tembakan hidup kadangkala mendarat berhampiran kediaman awam, ia jarang menyebabkan kecederaan.
Dua orang mengalami retak pada tulang leher dan bahu.
Seorang lelaki berusia 60 tahun yang memandu ketika letupan berlaku mempunyai serpihan melekat pada lehernya.
“Saya sedang memandu apabila terdengar bunyi dentuman. Apabila saya sedar, saya berada di dalam ambulans,” katanya.
“KF-16 (jet pejuang) kami secara tidak normal menggugurkan lapan bom MK-82. Ia mendarat di luar jarak tembak,” kata Tentera Udara Korea dalam satu kenyataan.
Tentera berkata, juruterbang sebuah jet itu memasukkan koordinat yang salah, menyebabkan bom jatuh dalam kawasan penempatan awam.
Tentera juga telah menggantung eksesais tersebut.
Catat Ulasan