Snapdragon Digital Chassis – Kenderaan Elektrik Yang Sentiasa Berhubung Di Awanan


Snapdragon Digital Chassis telah di umumkan. Ia merupakan platform sentiasa berhubung untuk kenderaan, seperti sistem inforia, sistem operasi dan sistem keseluruhan kenderaan. Ia akan sentiasa berhubung dan 100% sentiasa bergantung kepada awanan. Kenderaan akan menjadi sentiasa sedar akan apa yang berlaku di sekeliling untuk menjamin keselamatan kenderaan elektrik generasi baharu.


Kereta mempunyai cip pemprosesan berkuasa, kereta elektrik generasi baharu boleh dipecahkan kepada bahagian elektrik utama dan bahagian pengurusan bateri kepada Kerangka Digital atau Digital Chasis.

Digital Chasis ini menyokong pemetaan keseluruhan kenderaan daripada sensor, kamera, lampu, kerusi, penyaman udara dan banyak lagi untuk dikawal terus pada skrin inforia. Sentiasa berhubung ke Internet dengan 5G untuk peroleh pelbagai data seperti trafik, peta dan lain-lain, platform Snapdragon Cockpit untuk sistem inforia berkuasa, ADAS & AD yang lebih pintar, atau juga perkhidmatan Kereta-Ke-Awanan yang boleh menaik-taraf kemampuan kereta seperti memberi kemaskini dan sebagainya.

Digital Twin pula adalah sokongan memberi peluang kedua kepada kereta selepas ia tamat kitaran kehidupan. Kemaskini akan diberikan secara OTA untuk memaksa kenderaan mampu berfungsi pada kemampuan maksima dengan baki kuasa yang ada. Ia juga akan berfungsi secara terbuka dengan bergantung kepada pengguna sedia ada.

Dengan semua bergantung di awanan, kenderaan juga boleh dijadikan sebagai pusat melombong data untuk terus belajar cara menjadikan kenderaan lebih baik dan membantu semua daripada insurans, peta, logistik dan lain-lain.

Kenderaan elektrik ini juga boleh menggunakan komponen modular, yang mana bahagian utama boleh ditukar kepada model kemaskini dengan mudah dan selepas pasang semua boleh dikemaskini secara OTA.


Qualcomm turut mengumumkan yang Renault adalah antara yang akan menggunakan teknologi ini pada kenderaan mereka kelak di masa hadapan. Ini adalah bagi menjayakan lagi visi dan misi kenderaan pintar/elektrik/swapandu generasi baharu dan turut membuktikan kepada dunia kemampuan produk yang sentiasa berhubung ke awanan.

komen