
Baru baru ini Garmin telah memperkenalkan jam pintar terbaru mereka, Garmin Lily 2 Active yang hadir dengan penampilan yang direka khusus untuk wanita aktif yang mahukan sebuah aksesori boleh pakai aktif yang berguna untuk aktiviti-aktiviti bersukan.
Garmin Lily 2 Active hadir dengan sejumlah penambahbaikan baru seperti sokongan untuk sistem GPS terbina, butang fizikal dan jangka hayat bateri lebih baik.
Garmin Lily Active juga didatangkan dengan dua butang fizikal khusus untuk pengalaman pengguna yang lebih mudah. Diikuti hayat bateri sehingga 9 hari yang lebih lama berbanding apa ditawarkan pada versi asal. Perisian juga lebih baik dengan sejumlah mod sukan baharu seperti tenis, pickleball dan golf. Selain itu mempunyai ciri ‘On-Screen Workouts’ yang membolehkan pengguna mengakses senaman aerobik intensiti cergas seperti HIIT atau yoga terus daripada skrin jam tangan.

Garmin Malaysia telah mengumumkan bahawa Garmin Lily 2 Active sudahpun mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM1550 dan hadir dalam pilihan warna Lunar Gold, Jasmine Purple dan juga Jasper Green.
Catat Ulasan