Honor Magic7 Pro Kini Rasmi Di Malaysia


Honor menawarkan Magic7 Pro dengan padanan spesifikasi terkini, sekali gus bakal menjadi pilihan utama pengguna bagi kategori kelas mercu. Honor Magic7 Pro peranti menggunakan skrin sebesar 6.8-inci daripada panel LTPO OLED dengan tetapan resolusi FHD+ kadar segar semula 120Hz. Selain itu mempunyai keupayaan Dolby Vision dan HDR.



Ia juga didatangkan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Selain itu menjalankan MagicOS 9.0 yang memanfaatkan pelbagai ciri AI untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Bagi tetapan kamera pula, Honor Magic7 Pro mempunyai tetapan tiga kamera berkeupayaan 200MP telefoto, 50MP ultra lebar dan 50MP lebar bersama OIS.








Bateri  5850mAh disediakan yang boleh dicas melalui pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 80W. Di samping mempunyai pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo (DTS:X Ultra), inframerah dan kalis air IP68/IP6. Harga jualan rasmi bermula RM4,599 (12/512GB) dan RM5,199 (16GB/1TB). 

komen