
Tahun lalu Sony Vision S telah diumumkan sebagai kereta konsep elektrik pertama dari Sony. Tahun ini sekali lagi di CES, Sony mengumumkan penubuhan Sony Mobility sebagai syarikat kenderaan elektrik mereka secara rasmi. Syarikat ini akan memulakan operasi pada awal 2022. Turut diperlihatkan oleh Sony ialah konsep kedua mereka Sony Vision-S 02 yang merupakan sebuah SUV elektrik sepenuhnya.

Sony menjadi sebuah lagi syarikat teknologi yang menerjah masuk ke arena automotif mengikuti langkah Huawei, Apple, dan Xiaomi. Dengan wujud saling hubung penggunaan teknologi pengguna dengan kenderaan, langkah ini dilihat sebagai maakul untuk menarik minat pengguna yang sudahpun menggunakan peranti elektronik mereka.
Sony Vision-S 02 masih sekadar konsep tanpa tarikh pelancaran yang menunjukkan kemampuan swapandu, kokpit dengan sistem infohibur terkini dan sokongan rangkaian 5G yang pantas. Kerana ia sebuah SUV, Vision-S 02 boleh membawa sehingga 7 penumpang berbanding hanya 5 pada Vision S. Bahagian dashboard dilengkapi skrin memanjang keseluruhan bagi memaparkan maklumat pemanduan dan juga sistem infohibur. Di belakang tempat duduk utama terdapat dua lagi skrin infohibur yang boleh dikawal sendiri oleh penumpang
Catat Ulasan