Hunus Pisau Minta Akaun Bank Tidak Dibekukan


Seorang wanita mengugut pekerja sebuah bank dengan pisau dapur dan  menuntut supaya pembekuan akaunnya ditarik balik serta-merta.

Insiden berlaku  di sebuah bank yang terletak di dalam pusat beli-belah di Pattaya Utara. Kejadian itu mencetuskan ketakutan dan panik dalam kalangan kakitangan dan pelanggan lain.

Suspek yang dikenali sebagai Kanjanathat, masuk ke berkenaan dan meletakkan pisau pemotong besar di atas meja seorang juruwang dengan cara mengancam. 

Pekerja bank terbabit  berkata, semasa dia melayani pelanggan lain, Kanjanathat duduk dekat dengannya.

Wanita itu menyerahkan buku simpanan dan meminta akaunnya tidak dibekukan. Suspek kemudian menghunus pisau dan mengancam pekerja itu. 

Kamera keselamatan merakam kejadian itu dengan jelas.

Susulan ancaman itu, polis menahan Kanjanathat dan membawanya ke Balai Polis Pattaya untuk siasatan lanjut. 

Punca akaun bank suspek dibekukan masih tidak diketahui. 
 

0/komen