
KOSPET mungkin bukanlah suatu jenama yang biasa kita dengar tetapi pengeluar yang berpangkalan di Shenzhen ini telah membawa masuk dua jam tangan tahan lasak baharu ke pasaran Malaysia. Ia dinamakan sebagai KOSPET M3 Ultra dan KOSPET T3 Ultra yang memberi fokus terhadap ketahanan, reka bentuk dan fungsi yang praktikal.

KOSPET M3 Ultra menonjol dengan rekaan tahan lasak melalui gabungan bezel keluli tahan karat dan kaca Corning Gorilla Glass. Ia juga diperakui piawaian MIL-STD-810H untuk ketahanan persekitaran yang melampau kalis air 5ATM/IP69K. Selain itu mempunyai bateri 480mAh yang boleh bertahan sehingga 15 hari di samping GPS dwi jalur dengan kedudukan enam satelit untuk navigasi yang tepat. Sekali gus menjadikan ia pilihan ideal untuk para peminat aktiviti luar yang mencabar.
Begitu juga dengan KOSPET T3 Ultra yang boleh menjadi pilihan ideal buat mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Khususnya bagi aktiviti renang melalui fungsi penjejakan SWOLF terbina untuk pengalaman lebih baik. Terdapat juga lebih 170 mod sukan dengan enam daripadanya boleh dikesan secara automatik berdasarkan aktiviti semasa. Selain itu mempunyai GPS dwi jalur dengan kedudukan enam satelit untuk navigasi yang tepat. Dengan sekali pengecasan, KOSPET T3 Ultra boleh berfungsi sehingga 15 hari bergantung pada penggunaan.

Penggunaan bersama aplikasi KOSPET FIT amat disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan pada kedua-dua jam tangan ini. Harga jualan untuk jam tangan pintar lasak Kospet ini ditawarkan bermula diantara RM600 hingga RM750.
Catat Ulasan