
UGREEN baru-baru ini telah melancarkan pengecas baharu di bawah siri Nexode untuk tahun 2025. Pengecas baharu ini adalah pengecas desktop yang mengandungi 5x port USB-C dan 1x port USB-A. Lebih menarik, ia adalah pengecas dengan kuasa mencapai 500W.
UGREEN Nexode Desktop Charger 500W adalah pengecas desktop yang agak besar dengan saiz 14.6cm x 11.46cm x 6.07cm dan mempunyai berat 1.8 kilogram. Pengecas ini menggunakan teknologi pengecasan Power Delivery 3.1 dan Qualcomm Quick Charge 3.0. 1x port USB-C akan kekal membekalkan kuasa 240W, walaupun port USB-C lain sedang digunakan. Port lain boleh membekalkan kuasa 100W untuk banyak peranti atau empat laptop dengan kuasa 60W ke atas.

UGREEN Nexode Desktop GaN Charger 300W
Port USB-A terhad dengan kuasa 20W. Pengecas ini jelas sekali adalah iterasi lebih berkuasa berbanding Nexode GaN 300W . UGREEN Nexode Desktop Charger 500W hanya mula dijual bermula bulan Mac 2025 ini. Jika versi 300W dijual pada harga sekitar RM699, berapa pula agaknya untuk versi 500W?
Catat Ulasan