
Taubat adalah anugerah terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-Nya. Sebesar mana pun dosa yang telah dilakukan, rahmat Allah sentiasa lebih besar. Dalam Surah Az-Zumar ayat 53, Allah berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ayat ini menjadi bukti bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada-Nya. Taubat yang sebenar, atau taubat nasuha, memerlukan keikhlasan hati, rasa sesal atas dosa yang dilakukan, dan tekad untuk tidak mengulanginya. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.” (Riwayat Tirmizi).
Selain beristighfar, umat Islam juga dianjurkan untuk membaca doa ini:

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku seluruhnya, kecil dan besarnya, awal dan akhirnya, yang tersembunyi dan yang nyata. (Riwayat Muslim).
Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah. Selagi nyawa masih dikandung badan, pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk sesiapa yang ingin kembali kepada-Nya dengan hati yang bersih.
Catat Ulasan